dinar2heaven

Isnin, 5 Mei 2008

PTPTN lagi

Dipetik daripada surat khabar 'The Criteria' keluaran May 2008 - terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).



Sejauh mana kebenaran tentang 'service charge' ini? Kenapa ada 'compounding interest' terhadap 'service charge' yang dikenakan ke atas peminjam?

Apa itu 'Compounding Interest'? [ENTER]

'Compounding Interest' ini dalam bahasa mudahnya, harga bunga yang dikenakan pada bulan tersebut akan dicajkan pada bulan berikut bersama dengan harga pokok.

contohnya:-

interest 1%

principal rm1000

Tahun 1 = 1% x rm1000 = rm10

Tahun 2 = 1% x (rm1000 + rm10) = rm10.10

Tahun 3 = 1% x (rm1000 + rm10 + rm10.10) = rm10.20

Duit 'service charge' ini akan dikompaunkan dan bertambah setiap tahun.

Justeru itu, ia akan menyebabkan 'service charge' sebanyak 3% menjadi lebih daripada 20% dalam jangka masa 9 tahun.

Khamis, 24 April 2008

PTPTN

Riba: Majlis fatwa diminta semak caj PTPTN

PUTRAJAYA 24 April - Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dikenakan ke atas pelajar yang membuat pinjaman bagi mengelakkan wujud unsur riba.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penjelasan daripada majlis itu kelak akan menyakinkan semua peminjam sekali gus menjawab segala spekulasi mengenai pembayaran balik yang dikatakan membebankan pelajar itu.

''Saya tidak ada masalah memanggil Majlis Fatwa untuk mengesahkan faedah yang dikenakan itu tidak mempunyai unsur riba.

''Bayaran tiga peratus itu adalah untuk caj perkhidmatan bagi menanggung kos pengurusan, kutipan dan penyelarasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi yang pertama sejak dilantik mengetuai kementerian itu.

Baru-baru ini, beberapa peminjam PTPTN menyuarakan rasa tidak puas hati kerana perbadanan itu mengenakan caj sebanyak tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas mereka tamat pengajian di universiti.

Mohamed Khaled menegaskan, faedah-faedah lain yang dikenakan oleh perbadanan itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan sehingga kini kerajaan telah membayar sebanyak RM450 juta bagi tujuan itu.

''Kalau kerajaan tidak buat apa-apa, kos yang dikenakan oleh PTPTN adalah lebih tinggi. Jadi, pelajar dan ibu bapa patut tahu semua faedah lain ditanggung oleh kerajaan,'' katanya.

Tambahnya, caj tiga peratus yang dikenakan oleh perbadanan itu adalah paling rendah berbanding tabung pinjaman lain.

''Sebagai contoh, Yayasan Tekun Nasional (Tekun) mengenakan faedah sebanyak lapan peratus manakala Bank Rakyat pula jauh lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, mengulas perancangan projek kementerian itu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mewujudkan satu unit khas bagi mengatasi masalah kelewatan pembinaan projek.

''Unit ini bertindak bagi menambah baik sistem kerahan JKR daripada segi pelaksanaan projek kerana ia membabitkan peruntukan besar dan projek besar.

''Setakat ini kementerian telah membelanjakan sebanyak 25 peratus daripada peruntukan pembangunan RM18 bilion untuk projek yang akan dilaksanakan untuk semua universiti, politeknik dan kolej komuniti negara ini," katanya.

Selasa, 22 April 2008

kad kredit

Macam-macam offer bila kita pergi melepak kat pusat tumpuan ramai (klcc, alamanda, the curve, dan lain-lain lagi) mesti kita terjumpa anak-anak muda mempromosikan kat kredit bank mereka wakili.rajin dan bersemangat!

berkali-kali saya di hampiri mereka,alhamdulillah saya setakat ini tak terpengaruh nak pakai atau mengunakan kad kredit.senang je hujah saya bila dihampiri."minta maaf dik,abang tak guna kad kredit,bagi abang haram hukumnya"dan dia menjawab "tak bang,kita guna sistem islamik".tersenyum dengar hujah "adik" ini. saya tak berkata apa-apa.cuma pesan dia kaji apa yg saya cakapkan tuh.

okey sahabat, mari kita mulakan perbincangan.

Sabtu, 19 April 2008

Asb dan Asn Halal, haram atau halam?

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sejarah bermula

Assamulaikum.

Kami muncul di ruang maya ini bukanlah untuk memberikan tips-tips kekayaan yang penuh kebendaan nafsu nafsi keduniaan smetata-mata. Tetapi, kami ingin berkongsi dengan anda petua dan berita terkini yang 'panas' mengenai dunia kewangan peribadi yang meliputi unit amanah, insurans, pelaburan dan wasiat.


Adakah anda bersedia untuk menjadi kaya di dunia dan akhirat? Pastikan ada 'bookmark' blog ini kerana kami akan pastikan petua-petua kejayaan didedahkan di blog ini. Insya-Allah.

Special Offer!